Wednesday, September 9, 2009

Tuesday, September 8, 2009

Bersenam Ketika Berpuasa



BERSENAM ketika berpuasa? Pasti ramai yang berkata tidak. Alasan yang popular adalah letih, dan ada juga yang menyoal kembali, kenapa perlu bersenam?
Bukankah berat badan akan menurun ketika berpuasa? Jadi, tak perlu lagi bersenam kerana kita sudah mendapat berat badan yang diinginkan selepas sebulan berpuasa.
Inilah persoalan-persoalan yang sering timbul tatkala dikaitkan senaman dengan berpuasa.
"Ramai yang berpendapat bahawa senaman untuk kurus. Ini merupakan pandangan yang tidak benar sama sekali," kata Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Saiful Adli Suhaimi.
Jelasnya, bersenam sebenarnya adalah untuk mengekalkan kecergasan badan. Tidak guna mendapat bentuk badan yang diingini andai badan tidak cergas.
"Kesihatan optimum tidak akan dapat dicapai seandainya aspek kecergasan fizikal diabaikan sekali pun pada bulan puasa," katanya.
Menurutnya, untuk kekal cergas ketika berpuasa, aktiviti fizikal sama penting dengan faktor pemakanan.
Kerana itulah katanya, setiap individu yang berpuasa perlu melakukan aktiviti fizikal ringan yang berintensiti rendah bagi terus mengekalkan tahap kesihatan yang sewajarnya.
Kata beliau lagi, puasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengelakkan aktiviti fizikal kerana ketika berpuasa, kalori lebih mudah terbakar.
"Ambillah peluang untuk menurunkan berat badan pada bulan yang mulia ini dan pilihlah aktiviti fizikal yang mudah serta ringan seperti berjalan kaki kerana ia merupakan senaman yang paling senang dilakukan di mana-mana, pada bila-bila masa," katanya.
Kebaikan berjalan kaki
Menurut Saiful Adli, berjalan kaki mampu memetabolisma (memproses) makanan yang dimakan ketika berbuka untuk digunakan sebagai tenaga.
"Ia juga menyihatkan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (berkaitan jantung) dengan merendahkan paras kolestrol," jelas beliau.
Selain itu katanya, berjalan kaki membantu mengawal tekanan darah, mencegah penyakit darah tinggi serta strok dan mengurangkan risiko penyakit kanser usus, payu dara dan prostat.
"Bagi pengidap diabetes senaman jalan kaki baik untuk mereka kerana ia meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu aliran darah," katanya.
Jelasnya lagi, jika mahukan bentuk badan yang menarik, berjalan kaki adalah cara yang paling mudah kerana ia membantu mengawal berat badan.
Bagi mereka yang mengalami stres juga digalakkan melakukan senaman berjalan kaki kerana ia merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
Tambahnya lagi, berjalan kaki mengekalkan kekuatan otot dan mengurangkan risiko osteoporosis.
Bagi warga emas pula, ia membantu kestabilan dan mengurangkan risiko terjatuh.
"Malah jangan terperanjat kalau dengan berjalan kaki, anda mampu meningkatkan keyakinan diri," ujar beliau.
Persediaan berjalan kaki
Jelas Saiful Adli, senaman jalan kaki tidak semestinya dilakukan di trek joging dan memakai pakaian sukan lengkap.
Ketika di rumah atau pejabat pun katanya, kita masih boleh melakukan aktiviti tersebut tanpa perlu memaksa diri.
Dengan hanya berjalan antara lima hingga 10 minit katanya, ia mampu memberi perlindungan kepada beberapa penyakit berkait rapat dengan pemakanan.
"Misalnya ketika ke pejabat, cuba letak kereta di tempat yang jauh sedikit, perbanyakkan penggunaan tangga berbanding lif dan minimumkan penggunaan telefon. Jika ingin berurusan dengan rakan sekerja, berjalan kakilah ke tempat mereka," katanya.
Saiful Adli turut menyarankan agar sekiranya mempunyai urusan di sekitar tempat kerja, ambil peluang berjalan kaki bagi memaksimumkan aktiviti ini.
Selain itu katanya aktiviti berjalan kaki amat mudah dilakukan ketika di rumah.
"Kurangkan penggunaan alat kawalan jauh televisyen dan peralatan elektrik lain, sebaliknya lakukan secara manual," katanya.
Melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu sampah, mengemop lantai dan membersihkan halaman rumah juga katanya merupakan bentuk senaman ringan yang mudah dilakukan selain daripada berjalan kaki.
Bersiar-siar atau berjalan kaki ke pasar Ramadan untuk membeli juadah merupakan salah satu aktiviti senaman yang mudah dipraktikkan.
"Menunaikan solat tarawih juga dikira aktiviti fizikal, begitu juga dengan berjalan kaki ke masjid," ujar Saiful Adli lagi.
Teknik
Berjalan kaki, walaupun kelihatan mudah kata Saiful Adli perlu ada teknik yang betul.
"Paling utama, bahagian tumit perlu mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki lain," katanya.
Jelas beliau lagi, tangan perlu dihayun agar badan seimbang mengikut keselesaan sendiri.
Ketika berjalan, postur badan perlu dijaga iaitu dengan menegakkan kepala dan luruskan bahagian belakang badan.
"Bernafas seperti biasa melalui hidung. Kawal pernafasan, jika tercungap-cungap, kurangkan kelajuan dan berhenti untuk berehat seketika," katanya.
Selain itu, jangan lupa menetapkan sasaran pada tempoh tertentu untuk meningkatkan atau menurunkan kelajuan.
Aktiviti berjalan katanya perlu berterusan selama 10 minit atau lebih bagi membantu membakar lemak dan kalori makanan dengan berkesan.
"Sekiranya kita berjalan pantas (brisk walking), ia boleh dikategorikan sebagai aktiviti intensiti sederhana," katanya.
Menurutnya, sama ada dilakukan di dalam (indoor) atau luar rumah, kedua-duanya memberi manfaat kesihatan.
Namun, pada bulan puasa kita digalakkan bersenam di kawasan bertutup memandangkan keadaan cuaca yang sedikit panas.
Risiko
Bersenam atau melakukan aktiviti fizikal bersesuaian ketika berpuasa memang digalakkan untuk semua peringkat umur tidak kira sesiapa termasuk mereka yang kurang upaya, kata Saiful Adli.
Namun katanya, ia bergantung kepada tahap kesihatan individu itu sendiri.
"Jika tahu diri mempunyai penyakit tertentu, perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan tidak digalakkan memaksa diri," katanya.
Begitu juga dengan mereka yang tidak pernah bersenam, adalah tidak wajar seandainya tiba-tiba ingin melakukan aktiviti fizikal ketika berpuasa.
"Bagi mereka yang tidak biasa bersenam atau berpenyakit, risiko untuk cedera adalah lebih tinggi," katanya.
Secara kesimpulannya, Saiful Adli berkata kombinasi antara pemakanan, aktiviti fizikal yang bersesuaian dan rehat secukupnya dapat menjadikan badan kita lebih sihat meski pun ketika berpuasa.
"Jadikan keberkatan bulan Ramadan sebagai motivasi untuk menjadi cergas dan sihat dengan mengamalkan aktiviti fizikal," katanya lagi.

Friday, September 4, 2009

April Fool - Hari utk mempermainkan/menipu org lain?

Selain Valetine’s Day, terdapat satu lagi budaya Barat yang meresap dalam diri umat Islam khusunya golongan muda iaitu Fool’s Day atau April Fool. Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 Aprril setiap tahun. Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya. Menurut sejarah, Fool’s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol. Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuas hati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari (1 April). Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool’s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan, lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan. Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan perasaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak. Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain. Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool’s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, pasti kamu tetap mengikuti mereka." Kami bertanya"Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?" Baginda menjawab, "Lalu siapa lagi (kalau bukan mereka)" Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. - Dr Abdul Salam Yussof

Wednesday, September 2, 2009

Mahu Kekal Cergas


Sekiranya ingin kekal cergas, anda perlulah mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dalam masa 30 minit setiap sesi. Mendengarnya saja sudah cukup membebankan apa lagi untuk melakukannya. Jika anda benar-benar malas untuk melakukannya,cuba amalkan aktiviti lain yang dapat membantu membakar lemakdan melancarkan peredaran darah seperti:


  • berbasikal di waktu pagi dan petang

  • membersihkan halaman rumah

  • berkebun( seperti menanam pokok bunga, mencabut rumput,dan sebagainya)

  • mengemas rumah

Langkah Mudah Memiliki Perut Rata

Masih belum berjaya menghilangkan lemak di bahagian perut?
cuba cara ini, angkat tangan keatas kepala sambil memegang
beban yang tidak terlalu berat. Menurut kajian
University of Jyvaskyla,Findland, gerakan ini sangat
mempengaruhi otot perut , berbanding dengan gerakan sit up biasa.
Ketika mengangkat beban di atas kepala, otot-otot di bahagian
perut akan memberikan tindakbalas yang lebih cepat untuk
mengempiskan perut.

Mulalah mengangkat sesuatu yang tidak terlalu berat lurus
ke atas kepala. secara beringkat gantikan dengan beban yang l
ebih berat. lakukannya dengan beban yang sesuai dengan
kemampuan anda.